Thursday 29 November 2012 +


 

   Aidila Natasha , seorang remaja yang berumur 16 tahun . Merupakan seorang anak tunggal kepada pasangan orang kaya . Apa sahaja yang dimintanya pasti akan ditunaikan oleh orang tuanya . Tapi bagi Aidila , semua itu tidak penting . Apa yang dia mahukan ialah kasih sayang yang secukupnya daripada orang tuanya . Rumah besar dan dikelilingi teknologi canggih tidak membuat Aidila bahagia . Dia kesunyian . Orang tuanya sering sahaja sibuk . Tidak pernah mempunyai masa untuk diluangkan bersamanya . Kadangkala dia iri hati melihat keakraban rakanya yang lain bersama keluarga mereka . Dia merasakan seolah-olah hidupnya kosong . Setiap hari , teman berbual dirumah hanyalah pembantu rumahnya , bibik Surti .

Malam itu seperti biasa , setelah dia menunaikan solat Isha’ , Aidila terus menggapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja dan menekan punat nombor . Beberapa saat kemudian , kedengaran satu suara di hujung talian .

Hello?”

Hello mama ! Mama dan papa cakap nak makan malam kat rumah hari ini ?” kata Aidila dengan suara seakan-akan merajuk .

Sorry sayang . Mama busy hari ni . Lain kali lah ye ?” Kata mama nya .

“Hmm , yelah . Mama janji tau .”

“Okay . Aidila dah makan ?”

“Belum . Tunggu mama dengan papa lah ni .”

“Sayang makan lah dulu . Okay ?” Pujuk mamanya .

“Okay mama .” Kata Aidila sayu .

“Dah lah , mama ada kerja lagi ni . Makan , jangan tak makan . Assalamualaikum”

“Hmm , Waalaikumsalam mama.”

Talian dimatikan . Aidila mengeluh kecil . Tak habis-habis dengan sibuk dia tu . Gumam Aidila sendirian . Tiba-tiba kepalanya sakit . Lebih-lebih lagi ketika dia ingin batuk atau bersin . Dia juga selalu loya dan muntah-muntah . Badannya lemah . Memang sudah lama Aidila mengalami gejala seperti ini . Dia juga ingin memberitahu perkara ini kepada orang tuanya , namun langsung tiada kesempatan . Manakan ingin sempat , lihat rupa ibu bapanya juga susah . Pergi kerja awal pagi , balik pula lewat malam ketika dia sudah pun tidur . Hari minggu pula , orang tuanya bekerja overtime . Akan tetapi Aidila mengerti . Dia tahu orang tuanya berbuat demikian demi kepentingan Aidila sendiri .

Beberapa minggu kemudian , sakit kepalanya semakin teruk . Pembelajarannya juga terjejas . Dia tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pembelajarannya . Pernah dia pengsan di sekolah . Apabila dia tersedar , dia sudah pun berada di atas katil rumahnya kerana gurunya bergegas menghantarnya pulang . Ketika itu orang tua Aidila berada di Cina atas urusan kerja . Mereka hanya menghubungi Aidila untuk bertanya khabar .

Aidila sudah tidak tahan lagi dengan sakit yang dialaminya , jadi dia mengambil keputusan untuk memberitahu mama nya . Kebetulan hari itu ibu bapanya berangkat agal lewat untuk ke kerja .

“Mama , papa . Boleh bawa Aidila pergi klinik tak ?” Soal Aidila lembut .

“Nak buat apa ?” Tanya papanya kembali .

“Kepala Aidila sakitlah .” Kata Aidila sambil memegang kepalanya .

“Alah , sakit sikit je tu . Lagipun Papa dengan mama sibuk hari ni . Ada meeting dengan clien .”

“Hmm . Baiklah .”

“Aidila makan Panadol dulu . Nanti baik lah tu . Dahlah , mama dan papa nak kena pergi kerja dulu .”Kata Mama Aidila sambil mencium puteri tunggalnya itu .

Walaupun demikian , Aidila tidak pernah memaksa orang tuanya itu . Dia faham keadaan mereka yang selalu saja sibuk .


Pagi itu Aidila bangun awal daripada biasa . Sakit kepala menganggu tidurnya . Jadi dia mengambil keputusan untuk terus bangun dan mengambil wudhu’ . Sambil menunggu azan subuh , Aidila sempat mengaji terlebih dahulu . Tepat jam 5:45 minit pagi , azan subuh mula berkumandang . Aidila lekas mendirikan solat . Usai solat , dia berdoa untuk kedua ibu bapanya . Tiba-tiba kepalanya menjadi amat sakit . Dunianya menjadi gelap .


Kelihatan Papa Aidila sedang mundar-mandir di hadapan pintu wad kecemasan sementara mama Aidila pula tidak henti-henti menangis dari tadi . Mereka menemui Aidila terbaring di atas lantai dan terus membawa Aidila ke hospital . Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang doktor yang baru sahaja keluar dari bilik tersebut .

“Doktor , macam mana dengan keadaan anak saya ?” Tanya papa Aidila dalam keadaan cemas . Isterinya yang dari tadi asyik menangis lekas bangun mendekati mereka berdua .

“Saya harap encik sabar dengan apa yang saya akan katakan . Anak encik menghidap penyakit barah otak tahap akhir . Keadaan anak encik agak lemah sekarang ni . Dia perlu di bedah secepat mungkin . Kalau boleh saya tanya , ada tak dia mengadu sakit kepala kepada encik dan puan ?” Papa Aidila terkedu mendengar kata-kata yang diluahkan dari mulut doktor muda itu . Lututnya menjadi lemah .

“Erkk , dia ada mengadu sakit kepala , dan dia juga sering pengsan di sekolahnya . Kami ingat dia Cuma sakit biasa sahaja . Tak sangka sampai seteruk itu . Ya Allah , kenapa mesti anak saya ? Kenapa dia menghidap penyakit tu .” Katanya sesal .

“Hmm . Ini mungkin kerana radiasi terhadap otak anak encik . Saya harap encik dan puan bawa bersabar .”Kata doktor itu lembut .

“Macam mana dengan operate ? Ada harapan tak anak saya untuk sembuh doktor?”

“50-50 encik . Saya tak jamin sebab sel kansernya dah merebak ke bahagian lain . Kalau encik nak tengok anak encik , masuklah . Saya harap encik boleh bersabar” Kata doktor itu sambil berlalu .

Mereka lekas memasuk wad kecemasan tersebut . Mama Aidila sebak melihat anak tunggalnya kini sedang terbaring lemah . Perlahan-lahan dia mengusap rambut anaknya .

“Maafkan mama dan papa sayang . Mama abaikan Aidila . Mama tak pernah nak temankan Aidila pergi klinik . Maafkan mama sayang . Maafkan mama . Kalau mama tak sibuk dengan kerja mama , tentu Aidila tak jadi seteruk ini .” Katanya sambil mengucup dahi anaknya itu .

“Dahlah , jangan awak nak tangisi anak awak tu . Kita berdoa je lah biar dia selamat." Katanya papa Aidila sambil menahan sebak .

Keesokkan harinya , wad kecemasan dimana Aidila ditempatkan menjadi riuh rendah . Orang tua Aidila menangis teresak-esak . Rupanya anak tunggal kesayangan mereka sudah pun meninggal dunia pada subuh tadi .

Aidila !! Bangun sayang !! maafkan mama , jangan tinggalkan mama Aidila !!!
Mama Aidila seolah-olah diserang histeria . Dia menyesal kerana langsung tidak mengambil berat tentang anaknya itu . Namun semua itu sudah tidak berguna lagi . Aidila kini sudah tiada .

Setelah selesai sesi pemakaman , orang tua Aidila terus pulang ke rumah . Sesal yang masih terbuku di hati itu tidak dapat lagi diubati . Kini Aidila sudah tenang di alam sana . Mereka hanya mampu berserah dan redha dengan pemergian Aidila .

Mama Aidila memasuki kamar kepunyaan arwah anaknya itu . Langkahnya lemah dan perasaan sayu mula menyelubungi dirinya . Tiba-tiba dia terlihat sehelai kertas berwarna merah jambu berlipat di atas meja belajar milik arwah anaknya itu . Dia membaca isi kandungan kertas itu . Air matanya mula jatuh ke pipi .

Kepada mama dan papa ,
Aidila minta maaf jika Aidila ada salah dan silap terhadapa mama dan papa . Terima kasih juga kerana sudah bersusah payah menjaga Aidila selama ini . Halalkan segala makan dan minum Aidila . Aidila nak mama dan papa tahu ,walaupun papa dan mama dah berikan macam-macam , Aidila tetap tidak dapat merasai kasih sayang mama dan papa . Aidila rindukan belaian mama dan papa . Tolong lah luangkan masa untuk Aidila walaupun satu hari . Aidila ingin hidup normal seperti keluarga lain . Aidila tahu , mama dan papa sibuk dan ini demi kepentingan keluarga kita , tapi tak bolehkah luangkan sedikit masa untuk mendengar isi hati Aidila ? Takpe , Aidila tak marah pun . Aidila Cuma nak mama dan papa tahu apa yang Aidila rasa . Walau apa pun yang berlaku , Aidila tetap sayang akan mama dan papa hingga nafas akhir Aidila .
                                                                                                              Ikhlas , Aidila .

Aidila . Maafkan mama sayang . Maafkan mama .....


0 Comment:


Post a comment

« Newer © 2011-2013 Amer Izzat. Older »